ADVENTURER'S ZONE

Tuesday, June 19, 2012

TIPS ELAKKAN TIDUR PADA WAKTU PETANG

Tabiat suka tidur pada waktu petang adalah satu tabiat yang tidak elok sebenarnya.
Lebih-lebih lagi apabila tidur awal pada waktu malam dan bangun lambat pada waktu pagi.
Oleh itu, sudah pasti dengan tidur pada petang, badan kita akan menjadi letih kerana terlebih tidur.

Namun begitu, tidur sebentar pada sebelum waktu Zohor adalah amat dituntut kerana ia adalah sunnah Rasullah S.A.W.
Elakkan juga daripada tidur selepas Asar kerana ia akan membawa kepada penyakit gila..

Sebenarnya, saya juga tidak dapat lari daripada masalah ini.
Apa yang saya perhatikan, waktu selepas solat Zohor dan setengah jam sebelum Asar adalah waktu yang paling mengantuk.

Bagi pandangan saya, jika kadang-kala sahaja tidur petang tidak mengapa.
Walaubagaimanapun, jika perkara berulang pada setiap hari, sudah pasti ia akan membawa kepada kemudharatan..
Badan bukan sahaja menjadi lemah, otak juga menjadi tidak aktif.
Kita akan menjadi seorang yang pasif dan sangat malas untuk membuat kerja.
Lama-kelamaan, berat badan turut bertambah dan amat dibimbangi akan membawa kepada penyakit lain seperti obesiti, saluran jantung tersumbat dan lain-lain.

Insya Allah, saya ingin berkongsi tips yang saya lakukan untuk mengelakkan tidur pada waktu petang.

1- Setkan minda anda untuk tidak tidur

2- Selepas solat Zohor, jauhkan diri daripada bilik tidur/katil

3- Selesaikan segala tugasan yang ada (seperti membasuh baju/melipat kain/mengulangkaji pelajaran/assignments/lain-lain)

4- Jika semua tugasan sudah selesai, anda boleh teruskan dengan aktiviti sampingan seperti hobi kegemaran, blogging, membaca buku, menonton televisyen dan lain-lain.

5- Segera menunaikan solat fardhu Asar

6- Jika berkesempatan, keluarlah beriadah

7-Bersihkan diri untuk solat Maghrib

Dan alhamdulillah.. anda berjaya!

Semoga tips ini dapat dimanfaatkan oleh anda semua dan saya juga.

 Pepatah Arab ada mengatakan:
"Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat.."

Tubuh badan dan akal adalah kurniaan Allah kepada kita..
Oleh itu, sudah menjadi tanggunggjawab kita untuk menjaganya dengan sebaik-baiknya..

Insya Allah.. :)




No comments:

Post a Comment