ADVENTURER'S ZONE

Sunday, June 17, 2012

TEENAGERS' LOVE STORIES

Assalamualaikum..
Semoga semua sentiasa dalam rahmat Allah..

Berdasarkan secebis pengalaman saya semasa di sekolah,
Hari ini saya nak kongsikan pengalaman-pengalaman yang ada pasal TEENAGERS' LOVE STORIES YANG SEMPAT SAYA TENGOK, PERHATI DAN KAJI.. (cewaah..)

Macam mana saya tahu semua ni?
Haa.. 
Daripada apa telah saya dengar daripada orang-orang bercinta, daripada kawan-kawan orang yang bercinta, daripada kawan-kawan seperjuangan yang mencegah 'cinta-cinta' (hehe), daripada perisik-perisik 'anti-cinta- cinta' dan daripada guru-guru..
Sebenarnya, dah lama saya perhatikan fenomena cinta-cinta ni..
sejak dari Form One lagi..
Tapi alhamdulillah..
Allah memberi saya peluang untuk berjihad bersama rakan-rakan seperjuangan sejak dua tahun akhir di sekolah..
Syukran Ya Allah..

Biasalah.. budak-budak baru tak kira lelaki atau perempuan yang datang sekolah menengah ni memang menjadi sasaran senior-senior..
Mereka manalah tahu sangat bab cinta-cinta ni.. 
Mula-mula jadi abang angkat dan kakak angkat but at last, bercouple.. 
(I tak faham betul la macam mane boleh jadi macam ni)
Sebab kebanyakan yang ambil adik-adik angkat ni memang dah ada ramai adik kat rumah~
Kesian budak-budak yang jadi mangsa..
Sepatutnya sebagai senior, kita harus memberi mereka tunjuk ajar agar bersemangat untuk menuntut ilmu di tempat yang baru.. 
bukan membawa mereka kepada kemusnahan yang kebiasaannya berpunca daripada bercinta,,

Di sekolah, memang pelajar-pelajar tak dapat lari daripada 'playboys' dan 'playgirls' ni..
Playboy atau playgirl ni adalah manusia yang suka bertukar-tukar couple..
Kesian betol hamba-hamba Allah yang menjadi mangsa mereka..
Tapi bukankah lebih elok sekiranya mencegah diri sendiri daripada bercouple?
Bukan sahaja selamat daripada menjadi mangsa, bahkan sangatlah elok kerana kita sudah berjihad dalam SABAR MENCEGAH KEMUNGKARAN dan SABAR DALAM KETAATAN KEPADA ALLAH..

Next adalah pelajar-pelajar yang bercinta sesama 'batch' ataupun yang paling susah lagi, yang sekelas..
Ya Allah.. hanya Engkau sahaja yang dapat memberi kami kekuatan..
Pasangan-pasangan yang bercouple-couple ni, kebiasaannya.. bila dah bercinta, pasti akan berdating.
Dating pulak dalam kelas, dekat tempat-tempat gelap dan lain-lain..
Yang paling sedih, ada pula yang bertugas 'cover line' takut ada orang pergi serbu

Bagi pasangan-pasangan yang bercouple ni, sudah pasti menganggap orang-orang yang menangkap date atau anti-cinta-cintun-di-sekolah ni sebagai musuh..
Mereka tidak faham bahawa kami melakukan tindakan sebegini kerana memikirkan bahawa kita semua adalah hamba Allah..
Sudah menjadi kewajipan kita untuk taat dengan segala perintah-Nya dan meninggalkan sejauh-jauhnya segala larangan-Nya..
Jujurnya, amat susah untuk melaksanakan amar makruf nahi munkar tanpa pertolongan daripada Allah..
Kepada-Nya lah tempat kami bergantung harap..

Namun begitu, kami bukanlah insan yang sempurna..
Kadang-kadang juga diuji juga dari segi perasaan..
Kami cuba menguatkan antara satu sama lain dengan saling menasihati sesama sendiri..
Saya sangat menghargai persahabatan yang dianugerahkan Allah ini..
Ya Allah.. Terima kasih sahabat-sahabatku.. 
Semoga Allah merahmati persahabatan kita..

Dalam perjuangan..
Pernah juga bertandang rasa malas untuk menangkap orang-orang yang berdating kerana jumlahnya tidak berkurang..
Dalam kekusyukan menelaah buku sudah pasti tiada semangat untuk pergi meronda-ronda..
Mujurlah Allah memberi bantuan dengan menganugerahkan kepada kami adik-adik junior yang memahami kesibukan senior-senior mereka ini..
Mereka amat membantu dalam meronda dan melaporkan perkara-perkara yang tidak elok dipandang mata sama ada kepada kami mahupun kepada para guru..
Terima kasih kalian..
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kamu..

Dari pengalaman saya, 
Orang yang susah untuk ditegur adalah orang yang paling rapat dengan kita..
Walaubagaimanapun, tetap menjadi tanggunggjawab kita untuk menegur dan selebihnya barulah berserah kepada Allah..

Kita haruslah sentiasa ingat bahawa kita diamanahkan ke sekolah mahupun ke institusi pengajian tinggi agar menuntut sebanyak mungkin ilmu-ilmu Allah dan pengalaman agar kita semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat..
Insya-Allah..
Berdoalah kepada Allah agar kita semua sentiasa diberi petunjuk oleh-Nya dalam mencapai keimanan dan ketaqwaan yang tinggi kepada-Nya Yang Maha Esa..
Perjuangan dalam melaksanakan amar makruf dan nahi munkar haruslah direbut oleh kita semua..

Ingatlah..,
Yang haram tetap haram..
Sesungguhnya couple itu pasti membawa kepada kemungkaran..
Allah juga berfirman agar kita tidak mendekati zina..
Setiap larangan Allah wajib kita jauhi..

Ketika kita lemah, pohonlah bantuan daripada Allah..
Tidak perlu dicari cinta itu..
Dengan izin Allah.., 
Semoga cinta yang datang mendapat keredhaan daripada-Nya..

Rasullah S.A.W pernah bersabda mafhumnya.. "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat."


Hayatilah ungkapan-ungkapan yang amat membina bagi saya..

Alang-alang hidup, hiduplah sebagai daie..
Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada..

Kita sebagai manusia, hendaklah saling memperingati kepada jalan Allah..

Sesungguhnya bukan mudah untuk kita memiliki syurga Allah..

Barakallahulakum.. 
Segala yang baik daripada Allah.. Segala yang buruk adalah daripada insan yang lemah ini..






No comments:

Post a Comment