ADVENTURER'S ZONE

Saturday, May 19, 2012

Let's prepare for IMTIHAN KAFAAH in Jordan!

Assalamualaikum..

IMTIHAN QOBUL or IMTIHAN KAFAAH is one of the requirements to be 

accepted as a student in the most universities in Jordan.. 

I wish to share with all of you as our references.. 

I hope this post can help you..

Insya Allah.. :)


This is a link about requirement for students under MAIDAM to attend the preparation course:

http://daruliman.wordpress.com/2011/04/19/pelajar-tajaan-maidam-wajib-ikuti-skim-al-ansar/

Pelajar tajaan Maidam wajib ikuti Skim Al-Ansar

KUALA TERENGGANU 18 April (Utusan Malaysia) – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan mewajibkan pelajar tajaannya yang bakal mengikuti bidang Pengajian Islam di Jordan mengikuti Skim Al-Ansar, mulai tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Harujan Sulaiman berkata, program itu bakal menekankan aspek penguasaan Bahasa Arab sebelum penuntut ditempatkan di tiga universiti di Jordan iaitu Universiti Yarmouk, Universiti Al-Bayt dan Universiti Mu‘tah.
Menurutnya, program selama sebulan itu turut merangkumi aktiviti penyesuaian diri serta perkara berkaitan masyarakat Arab seperti budaya setempat dan kursus Biro Tatanegara sebagaimana yang telah disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
“Skim ini dirangka khusus bagi mengelakkan berlakunya penangguhan pengajian dalam kalangan pelajar jika mereka gagal dalam ujian kemasukan atau Imtihan Qabul,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

This is a link about imtihan kafaah in Yarmouk University
 (This is my first choice university. Pray for me.. ) :)  :
Maklumat berkenaan pendaftaran:

Bagi pelajar tahun satu, anda akan menduduki tiga ujian pencapaian sebelum bermulanya semester.

1.       Ujian pencapaian pertama dinamakan sebagai (IMTIHAN KAFAAH/PLACEMENT TEST).Ujian ini adalah ujian berkomputer dan bukan bertulis. 
-Semua pelajar  WAJIB  mengambil ujian ini termasuk pelajar tajsir=bridging program(kecuali pelajar dari IKIP) selepas anda mendaftar secara rasmi di Universiti Yarmouk.

-IMTIHAN KAFAAH ini terdiri daripada 3 subjek iaitu:
                                 i.            bahasa arab (soalan berkaitan nahu,sorof,syair,balaghah dan sebagainya)
                               ii.            bahasa inggeris (soalan bahasa inggeris lebih tertumpu pada bahagian grammar. Soalan adalah mudah dan kebanyakan pelajar melayu lulus subjek ini.)
                              iii.            komputer ( soalan bertahap sederhana dan dalam bahasa arab. Semua istilah-istilah seperti copy/paste/etc adalah dalam bahasa arab)
*boleh baca mana-mana buku yang dirasakan sesuai. Nanti sudah sampai Jordan, boleh pinjam buku-buku senior utk rujukan.

-Markah lulus untuk ujian ini ialah 76%. Markah sama ada LULUS / GAGAL akan keluar sebaik sahaja pelajar tamat menjawab.

- Jika berjaya melepasi ketiga-tiga subjek ini,pelajar boleh terus mendaftar subjek lain dan 3 matapelajaran ini boleh ditolak dari senarai subjek yang perlu di ambil.

- Jika sebaliknya,pelajar perlu mengambil subjek-subjek ini pada semester tersebut atau mengikut kesesuaian masa masing-masing.

2.       Ujian pencapaian kedua pula akan diduduki oleh semua pelajar tahun satu KECUALI pelajar tajsir.

-Ujian ini dijalankan bagi menentukan kelas mana yang akan anda duduki di dalam pusat bahasa(MARKAS LUGHAH) kelak mengikut tahap pencapaian masing-masing.

-MARKAS LUGHAH ini telah diwajibkan oleh pihak universiti kepada pelajar selain bangsa arab. Tempoh masa ialah selama satu semester=4 bulan.

-Yuran bagi MARKAS LUGHAH ialah JOD 400

- Terdapat 4 bahagian dalam ujian pencapaian tersebut:
                                i.            Reading(Qiraah)
                              ii.            Penulisan(Kitabah)
                            iii.            Listening(Istima’)
                             iv.            Oral(muhadasah)
- Pelajar yang LULUS ujian pencapaian dibenarkan untuk tidak mengambil kursus ini dan boleh terus mendaftar subjek di universiti. Maksimum jam kredit bagi 1 semester adalah 18 jam.
- Sebaliknya bagi yang TIDAK LULUS, mereka diwajibkan mendaftar di pusat bahasa ini selama 1 semester dan tambahan subjek di universiti tidak lebih dari 6 jam kredit.


          3 .   Ujian al-Quran.
      (hanya untuk pelajar tahun satu yang mengambil jurusan SYARIAH sahaja.)
   

           Pelajar kos bahasa arab tidak perlu ambil ujian ini. Semua pelajar tajsir juga tidak perlu
           mengambil ujian ini.

           -Dinilai berdasarkan asas tajwid dan kelancaran.

           -Jika tidak LULUS, anda perlu mengambil subjek al-Quran istidraki pada mana-mana
            semester mengikut kesesuaian masing-masing.



Maklumat tambahan:
1.       Untuk pelajar tahun satu, pendaftaran akan dilakukan secara manual di bangunan Qabul Tasjil.
 *kebiasaannya, senior-senior akan turun membantu anda mendaftar pada waktu tersebut. Jangan risau! :D

2.       Sebarang maklumat mengenai Universiti Yarmouk boleh rujuk (http://students.yu.edu.jo/)

3.       Untuk semester yang seterusnya, anda akan mendaftar subjek secara online di 
      (sis.yu.edu.jo)

v  Jika pelajar terlewat dari tarikh yang ditetapkan oleh pihak universiti, pendaftaran boleh dibuat secara manual di bangunan qabul tasjil .

4.       Tarikh pembayaran subjek boleh dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan oleh pihakuniversiti. Jika lambat daripada tarikh tersebut, denda sebanyak JD 15 akan dikenakan.

5.       Pelajar juga boleh membuat bayaran sebelum daripada tarikh pendaftaran subjek yang telah ditetapkan. Bayaran adalah mengikut bilangan jam kredit yang ingin anda ambil.


This is the second link about IMTIHAN KAFAAH in Yarmouk University :



This is a link about a student's experience after answering the IMTIHAN KAFAAH:


(  I am not sure from which university and just cut her article.. sorry.. )

"bismillah
alhamdulillah hari ni baru je selesai imtihan kafaah
mengulas sedikit sebanyak mengenai imtihan ini
ana biller ada yang bertanya tentang keputusan sukar untuk diperjelaskan
english..pass
computer tbe2 access denied
arabic..ana x perasan lak sama ada ada perkataan rosib tu keluar
yang ana tau ana siap terus keluar

susah ke senang exam?
english senang..alhamdulillah
better sapa yang belum jawab nanti tyme exam pilih english dulu
computer pon senang alhamdulillah..tp tulah..ana sndr confuse ana pass ke tak
arabic..huhu..banyak2 la solat istikharah..ada rezeki lulus alhamdulillah
tp study jela bat sket2
ade la jugak 2 3 soalan bahasa arab tinggi kat situ"


This is a link about the information about what we should know before going to Jordan:




MAKLUMAT PENTING UNTUK KE UNIVERSITI DI JORDAN



Bagi memudahkan persiapan pihak pengurusan Sekretariat dan wakil-wakil pelajar     persatuan universiti, di sini kami lampirkan beberapa perkara yang perlu disediakan sebelum bertolak ke Jordan :


Perkara / dokumen penting yang perlu dibawa ke Jordan:
-          Passport (yang ini paling penting, jaga baik-baik sepanjang perjalanan nanti!) serta membawa Salinan Pasport (Muka Depan) 10 salinan. 

 Gambar, bawa minima 20 keping sebab banyak urusan perlukan gambar berukuran passport seperti urusan universiti, persatuan zon dan anak negeri, jabatan penuntut dan kedutaan M'sia, etc. Ada kedai gambar di sini,tapi untuk memudahkan dan melancarkan kerja, gambar dan photostat boleh ambil disini sahaja.

-          Kad Pengenalan dan Lesen Memandu boleh tinggalkan kat Malaysia, tidak berfungsi pun kat sini. Lagipun, kalau tak bawa lebih baik sebab nanti family boleh tolong renew). Kalau nak bawa pun tidak mengapa, cuma takut hilang dan tidak boleh renew.

-          Salinan IC sendiri, emak dan ayah. Yang ini untuk hal-hal yang memerlukan no. IC mereka dan urusan biasiswa. (Buat softcopy n hardcopy lah).

-          Salinan surat beranak adik beradik, salinan penyata gaji ibu bapa (untuk urusan biasiswa kalau yang tidak mendapat tajaan penuh).

-          Terjemahan SPM dan SIJIL LAHIR yang dah dicop endorsment (YANG NI PENTING, Kalau Korang rajin buat lagi satu/lebih sebab pengurusan orang arab kat sana pelik sikit, kadang-kadang diorang hilangkan semua dokumen kita. Silap2 ari bulan, tak masuk Universiti kita..)

-          Bawa baju batik lelaki, bersiap sedia untuk program haluan siswa.

RM1,000 tukar kepada euro atau usd dan dalam bank paling kurang RM2,000.

Keperluan harian lain di Jordan (untuk panduan sahaja);

1)  Pakaian
- Baju kurung/Jubah(bg perempuan) -10 pasang(memadai).
Untuk lelaki, ikut keperluan memadai (lelaki ).
- Pakaian biasa dalam rumah (t-shirt, seluar, baju tidur, etc).
- Tudung- minima 3 helai cukup dah.
- Serkup.
- Stokin kaki dan tangan.
- Telekung (2 helai) dan sejadah.
- Tuala - 2 helai 
- Sweater kalis air (sehelai sudah cukup, itupun kalau ada,kalau tak ada, tak payah bawa, boleh beli disini, murah dan banyak pilihan)
- Cadar tilam, sarung bantal, selimut.
p/s: Pakaian dan barangan musim sejuk beli kat sini macam baju winter, sarung tangan, mafla, etc. Lagi murah dan banyak pilihan, kat Malaysia mahal sangat. Seluar panjang kalau boleh bawak banyak sikit, boleh pakai dalam jubah atau baju kurung sebab angin disini kuat sangat. Bagi lelaki tiada masalah.

2)  Barangan peribadi
-  Bedak, sikat, minyak rambut, losyen, deodorant,berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu (kat sini ada je jual, tp utk permulaan ni bawa dulu dari Malaysia, senang sikit, pastu boleh beli lain kat sini bila dah habis)
- Ubat-ubatan (vicks, minyak gamat, minyak panas,cirit-birit, etc) bergantung lah yg mana rasa perlu, tak perlu bawa semua. Kalau ada penyakit tertentu, jangan lupa bawa ubat.
- Barangan jahitan @ barangan elektrik. ( ada je jual kat sini, tapi mahal dan kurang berkualiti. Kalau nak bawa, boleh sahaja kalau tidak bawa, boleh pinjam dengan kakak2 @ abang2 senior disini. )
p/s: Peralatan besi macam jarum dan gunting (kalau ada yang bawa) diingatkan sorok bahagian tengah bagasi, sbb takut effect pada scanner nanti. Termasuk juga barangan eletrik,cth iron. Semua barangan besi @ cecair, better letak kat bagasi yang kargo, jangan letak kat beg hand carry.

3) Makanan (dicadangkan letak dalam satu kotak khas-asing dengan pakaian
 dan barang lain).
- Perencah masakan (asam pedas, kari, tomyam, kurma, sup bunjut, asam jawa, asam keping, kayu manis, bunga lawang, santan serbuk/cecair, lengkuas, serai, daun limau purut, etc) – tapi terpulanglah,tidak wajib cuma barang-barang begini tidak ada kat sini tapi jangan bawa banyak sangat. Sebagai pengubat rindu je..
- Ikan bilis.
- Kicap (yang ini pun terpulanglah,tp tukar ke botol plastik, takut pecah. Kat sini ada je kicap tapi mahal sangat).
- Sirap, Vico dan Nestum 3 in 1 (kat sini takde, teh dan kopi je ada. Kalau tak nak bawak pun takpe).
- Masakan untuk raya seperti nasi impit, perencah rendang, serunding, kuah kacang segera, lemang segera, etc – (pengubat rindu di hari raya nanti..maklumlah raya di perantauan, syahdu sangat..)
- Udang kering, ikan kering, belacan,keropok ikan (terpulanglah cuma semua ni tak ada kat sini, tapi kalau nak bawa kene bungkus elok2 takut berbau).

4) Kitab
- Al-Quran Al-Karim.
- Tafsir Al-Quran (dalam bahasa melayu).
- Kamus BM-BA, BA-BM, BI-BM, BM-BI (ni bergantung pada masing-masing lah, kalau rasa berat, bawa BA-BM dan BM-BA pun dah memadai). Lagi baik bawa kamus bahasa arab Al-marbawi.
- Kitab-kitab terjemahan bahasa melayu spt. Hadis 40, Fiqh Manhaji, buku-buku rujukan tingkatan 4 & 5 boleh bawak buku PQS dan PSI (bagi yang akan ambil pengajian Syariah) atau buku-buku lain pengajian syariah IPTA dan buku BA(B.arab komnikasi & b.a. Tinggi).
- Buku bacaan lain atau majalah bahasa Melayu(untuk dibaca bila free)
- Kitab Tajwid dan Adab Hamlatul Quran Imam Nawawi (Saranan buat para penghafaz Al-Quran sekalian).
- Peralatan tulis.

5) Lain- lain
-Hand phone dan charger.
-Kaset dan Walkman atau mp3 atau mp4 (kalau rasa perlu..kalau bawa lagi bagus, boleh rakam lecture nanti).
-Kamera.
-Gambar famili, cikgu dan kawan-kawan (pengubat rindu).
-Laptop (terpulanglah tapi sangat berguna kalau bawa sebab kat sini system daftar subject dan pemarkahan adalah on-line).

Kemudahan di Jordan

1. Kemudahan bank di Jordan
Bank di Jordan, selalunya bagi pelajar Malaysia akan buat bank HSBC @ Standard Charted. Kalau nak keluarkan duit,untuk HSBC boleh melalui bank Cairo Amman Bank,Jordan Bank, Arab Bank. Kalau bank HSBC ada kat Amman. Lebih memudahkan, buka sahaja bank HSBC, dan buat kongsi bersama-sama dengan ahli keluarga yang berada di Malaysa kerana mudah jika berlaku apa-apa masalah dengan bank. 

2. Kemudahan yang boleh diperolehi disini
Ada kemudahan internet tapi kena berdaftar dengan pihak markaz teknologi. Kemudahan lain, seperti pengangkutan, bas untuk ke Bandar Mafraq @ Irbid @ Amman @ Mu’tah. Ada juga pengangkutan teksi. Kemudahan asas seperti makan, elektrik dan air, jgn risau kalau duduk di sakan(kediaman). Untuk makanan, kita akan berkongsi bersama semua pelajar Malaysia dengan bergilir-gilir masak. Buatlah jadual untuk memasak.

SAMBUTAN DI LAPANGAN TERBANG.
Tentang orang yang hendak sambut antum semua bukan atas bidang kuasa MPPMJ tapi atas bidang kuasa persatuan zon, kalau Uni. Mutah bawah PERMATA, kalau Uni al-Al Byat bawah PRISMA, kalau Uni Yarmouk bawah PERMAI.
akhir sekali beberapa pesanan pesanan penting:
-      MANTAPKAN pengusaan bahasa arab terutama nahu dan mufradat sebab masa mula-mula masuk akan ada imtihan bahasa.

-          Senarai barang dan keperluan ini adalah disenaraikan mengikut pengalaman dan barang2 yang dirasakan perlu.

-   Bagi barangan yang kurang perlu (seperti yang dinyatakan), bergantung pada masing-masing. Jangan paksa diri untuk membeli kesemua barang yang telah disenaraikan. Ikut keperluan.

-          Tentang belajar, jangan risau dulu, di sana ada sediakan taklimat / program yang akan membincangkan tentang madah, takhassus, dan sebagainya.

-          Persediaan MENTAL dan ROHANI agar sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan… Kehidupan di sini, mungkin apa yang diimpi tak seindah realiti…





This is a link about the questions and answers :



1) Placement Test Exam (Imtihan Kafaah)
2) Kos Sara Diri (duit banyak mana perlu, yuran belajar & sewa rumah..)
3) Barang perlu di bawa ke Jordan
4) Kos pengajian di Irbid, Jordan
5) Di Universiti Yarmouk, adakah perlu wajib menghafal Quran ?
Inshallah ada tapi bukan satu quran. Ada subjek tilawah 1, 2 & 3. 
Setiap satu subjek perlu hafal 2 juzuk sahaja. Manakala pelajar kuliah syariah perlu hafal juzuk 25-30.

6) Mohon terangkan serba sedikit macam mana cara pembelajaran di kuliah ekonomi Universiti Yarmouk ? Belajar dalam Bahasa Arab atau English ?
Semua subjek dalam kos ini adalah dalam bahasa arab kecuali beberapa subjek sahaja dalam English.

7) Nak tanya pengalaman masa mula2 start kuliah (nak faham penerangan dari doktor yang cakap full arab).
University Yarmouk fully arab. Tapi InshaAllah mudah nak faham. Kebanyakan doktor akan cakap bahasa arab fushah (yang macam kita belajar kat malaysia tu). Cuma ada sesetengah akan cakap arab ammi (bahasa pasar)
Jangan risau, mula-mula mmg susah sikit nak faham. Tapi dalam seminggu dua sudah boleh catch up InshaAllah. Doktor-doktor di sini baik-baik. Kalau tak faham, angkat sahaja tangan. nanti doktor ulangkan.

8) Senarai nama pelajar-pelajar dari Malaysia ni pihak yarmouk dah dapat ke belum ?
Senarai nama yang kami (Team SPB Permai 2011/2012) dapat adalah daripada MSD melalui KPT Malaysia, bukan dari Universiti di Jordan. Kiranya, nama-nama tu masih lagi diproses oleh Universiti Jordan. Ada beberapa kebarangkalian
a) Diterima 
b) Ditolak 
c) Diterima tetapi bukan di Irbid, Jordan tetapi di tempat lain (Mu'tah, Mafraq etc)
Senarai nama yang kami dapat bukan confirmation untuk apa-apa. Hanya sekadar jangkaan maksimum yang bakal tiba ke Irbid sebagai persediaan untuk Team SPB sendiri. Senarai tu hanya untuk urusan kerja Team SPB semata. Kami tiada kuasa langsung untuk keluarkan offer letter memandangan Team SPB hanyalah sekumpulan pelajar yang akan membantu lancarkan urusan di Irbid secara sukarela.  

9) Andaikan kita dipanggil untuk sertai BTN, adakah kita juga akan dapat panggilan ke Jordan ?
Belum tentu. Dua perkara yg berbeza (dipanggil ke BTN & dipanggil ke Jordan). Untuk surat panggil ke Jordan, perlu tunggu offer letter dari KPT.

10) Markaz lughah memang wajib ambik semua ? Walaupun kita ni ambil kos Bahasa/Diploma Bhs Arab ?
Pelajar tajsir (twinning/bridging programme) tidak perlu ambil. Pelajar selain dari tajsir, wajib.

11) Memang semua plajar tahun satu kena tggal asrama ke ? Sebab ada senior-senior sana tanya nak tinggal asrama/rumah sewa dgn senior ? Boleh pilih roomates sendiri atau Permai tentukan ?
Untuk makluman, semua rumah di sini, macam rumah flat tu, so satu bangunan ada banyak rumah. Kami panggil "sakan" dan dalam sakan tu ada banyak rumah. Dalam setiap sakan ada bilik, ruang tamu & dapur.
Urusan penempatan, kami(Team SPB PERMAI) sudah tentukan pelajar mana yang akan duduk di mana. Ada sakan yang untuk pelajar JPA/MARA, ada yang untuk Yarmouk student. Setiap satu berbeza bilangan bilik dan harga. Kesemua sakan fully furnished. Berkenaan nak pilih roomates, selepas mesyuarat penyelarasan penempatan, kami akan maklumkan pelajar mana yang boleh pair 2, 3 atau 4 orang satu rumah. Harap bagi kerjasama.
Utk penempatan, kami ada tawarkan untuk senior ambil junior as housemates tapi dalam jumlah yang sangat kecil dan tawaran itu sudah ditutup.
Dalam satu bangunan sakan, akan ada yang terdapat sebilangan kecil Arab dan ada yg fully Malaysian. Kebanyakan juniors akan duduk sakan (asrama) Inshaallah.

12) Maksimum berapa tahun pengajian di universiti Yarmouk ?
Tahun pengajian yang selalu pelajar Malaysia ambil ialah 4 tahun. Tetapi universiti tidak tetapkan pelajar perlu ambil berapa tahun pun. Yang penting syaratnya, kita dah habiskan semua madah(subjek) yang perlu diambil. 
(Contoh: Kuliah Syariah ada(48 subjek) yang perlu dihabiskan)
Markah lulus untuk setiap subjek ialah 50%. Mudah atau tidak hendak lulus itu bergantung pada usaha kita sendiri. Kalau kata senang nak lulus tapi malas studytak jalan juga. Kesimpulnnya rajin-rajinlah baca buku dan jangan ponteng kelas.

13) Di sekitar universiti Yarmouk ATM apa yang mudah didapati ?
Kebanyakan pelajar Yarmouk menggunakan bank HSBC. Walaupun Maybank boleh digunakan juga, tapi ada had pengeluaran duit iaitu tidak melebihi JD 200/day. 
Manakala bagi pelajar JUST tajaan, akan buka akaun Standard Charted utk mudahkan urusan penghantaran wang bulanan dari pihak tajaan.
14) Pasal rumah sewa / asrama adakah kita perlu booking sekarang atau bila sampai sana nanti ?
Rumah sewa, Team SPB Permai sudah tolong carikan InshaAllah. Sampai-sampai sudah ada tempat berteduh InshaAllah.

15) Minta bagi gmbaran awal bila kami mula menjejak kaki di Airport Jordan.
Kalau tarikh flight, airlines dan time arrival sudah di inform pada Team SPB, InshaAllah ada wakil yang akan jemput di Airport untuk ke Irbid. Jangan risau. Yang penting do let us know details regarding your flight.


These are some extra links. They are very helpful! Insya-Allah :

EDUCATION IN JORDAN :



WEATHER IN JORDAN :



 RECOGNIZED UNIVERSITY :



INFO ABOUT COUNTRIES IN THE WORLD:


UNIVERSAL CURRENCY :



INSYA-ALLAH, I WILL MAKE A SIMPLE CONCLUSION FROM ALL OF MY 

RESEARCH ABOVE..

(IT WILL BE EASIER TO DO SOME PREPARATIONS) :)














No comments:

Post a Comment